KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tiga negeri sehingga jam 10 pagi ini.
Kawasan-kawasan tersebut ialah Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang dan Sarawak pula melibatkan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah).
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette