KUALA LUMPUR – Komposer tersohor, Datuk S. Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, meninggal dunia pada usia 75 tahun.
Perkara berkenaan dikongsikan oleh rakan seperjuangannya yang juga komposer lagu, Fauzi Marzuki menerusi Facebook.
“Innalillahiwainnalillahirojiun. Semoga roh S. Atan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al Fatihah,” tulisnya.
Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kajang pada jam 3.23 petang tadi.
Pada September lalu Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
S. Atan merupakan seorang komposer yang masyhur menghasilkan lagu-lagu tradisioal nyanyian antaranya Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.
Beliau yang berasal dari Singapura terkenal dengan koleksi lagu raya. – MalaysiaGazette