Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan kewajaran menyebarkan audio kononnya berkait dengan salah laku rasuah melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.

Menyifatkan tindakan itu seperti separuh masak, beliau mempersoalkan sama ada tindakan tersebut turut bertujuan mengugut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jelas beliau, penyebaran audio itu juga mungkin boleh menyebabkan rakyat terpengaruh sekali gus ADUN yang didedahkan wajah mereka dihukum lebih awal.

“Apakah ia adil. Wajarkah SPRM benarkan perkara ini berlaku,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebooknya semalam.

Tambah Mohd. Puad yang juga ADUN Rengit, penyebaran audio itu juga seolah-olah menunjukkan usaha pembanterasan rasuah di negara ini tidak dijalankan dengan profesional.

Ujar beliau, ia juga memperlihatkan seolah-olah ada kelompangan dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) 2010.

“Timbul tanda tanya kenapa pemberi maklumat mohon jaminan dia tidak akan didakwa jika memberi maklumat.

“Kita memang menuntut perasuah ditangkap. Tetapi jangan separuh masak dan persepsi mendahului ketulenan. Kewibawaan SPRM akan tercemar,” katanya.

Sebuah portal online sebelum ini melaporkan terdapat sekurang-kurang lapan rakaman video mengaitkan beberapa ADUN di sebuah negeri yang didakwa membincangkan ‘rasuah’ bernilai ratusan ribu ringgit yang diberikan kepada mereka sebagai balasan untuk mendapatkan projek di sebuah negeri.

Bagaimanapun sehingga kini, SPRM dilaporkan tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada mana-mana pihak termasuk pemberi maklumat yang mendakwa mempunyai rakaman audio ADUN terbabit.

Namun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dipetik berkata, peguam kepada pemberi maklumat terbabit ada bertemu pegawai suruhanjaya itu pada 30 Oktober lalu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here