BERLIN – Kira-kira 3.2 juta warga emas Jerman yang berumur 65 tahun ke atas berisiko hidup melarat, menurut data Eurostat.
Bilangan itu kekal stabil dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan 3.245 juta warga emas terjejas pada 2023 berbanding 3.157 juta pada 2022.
Walau bagaimanapun, situasi ini berbeza dengan 2013, apabila hanya 2.4 juta individu warga emas di Jerman berisiko menghadapi kemiskinan.
Risiko kemiskinan ditakrifkan sebagai mempunyai pendapatan di bawah 60 peratus daripada median selepas faedah sosial.
Penduduk warga emas Jerman telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun, daripada 12 juta pada 1991 kepada 18.7 juta pada 2022.
Peralihan demografi ini bermakna warga emas kini membentuk bahagian yang lebih besar dalam populasi, menurut Pejabat Perangkaan Persekutuan Jerman. – Agensi