A picture taken from the area of Marjeyoun in southern Lebanon shows explosions over buildings in the town of Khiam, during Israeli bombardment on October 31, 2024, amid the ongoing war between Israel and Hezbollah. Photo AFP

KUALA LUMPUR – Israel telah meningkatkan serangan udara di Lebanon, dengan tentera daratnya telah mencapai jarak terjauh sejak pencerobon ke situ enam minggu lalu.

Seramai enam orang terkorban dan 11 orang cedera dalam satu serangan di Desa Khreibeh, Baalbek, pada hari Sabtu.

Serangan itu berlaku pada waktu pagi dan gelombang serangan kedua berlaku pada sebelah petang yang mana perintah evakuasi kepada penduduk baharu sahaja dikeluarkan.

Menurut laporan Al Jazeera, sebahagian besar penduduk di pinggir selatan Beirut telah lari meninggalkan kawasan itu namun ada yang kembali untuk memeriksa rumah dan perniagaan mereka pada waktu siang, tetapi keadaan semakin berbahaya.

Ketegangan serius berlaku apabila pegawai Lebanon dan Hezbollah mengkaji rancangan gencatan senjata 13 perkara yang diajukan oleh Amerika Syarikat.

Rancangan itu termasuk gencatan senjata selama 60 hari, dengan tentera Lebanon dikerahkan ke sempadan.

Namun, Israel masih belum memberikan respons terhadap rancangan berkenaan.

Iran turut menyatakan komitmennya dalam mencari penyelesaian konflik ini melalui pertemuan Penasihat Kanan Pemimpin Tertinggi, Ali Larijani, dengan pegawai Lebanon.

Sejak Oktober 2023, serangan Israel telah mengorbankan lebih 3,400 orang dan mencederakan lebih 14,000 di Lebanon. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here