KUALA LUMPUR – Kumpulan Jentik-Jentik Carom Club (JCC) menjadi juara Kejohanan Karom Tertutup Beregu Piala YB Ir Izham Hashim di Dewan Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan hari ini.
JCC berjaya mengalahkan 64 lagi kumpulan lain dan berjaya membawa pulang wang tunai RM1,500 bersama set papan karom.
Ahli Dewan Undangan Pandan Indah yang juga Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor juga hadir bertemu dengan pasukan yang bertanding.
Menurut beliau, ia adalah kejohanan karom kali kedua selepas kejohanan pertama yang diadakan di Taman Kencana tahun lalu.
“Alhamdullilah, sambutan sangat menggalakkan. Untuk kejohanan kali ini, pemenang akan menerima wang tunai keseluruhan sebanyak RM3,700 disamping sumbangan tiga set papan karom.
“Insya-Allah, kejohanan karom ini akan dianjurkan lagi pada masa akan datang dengan skala lebih besar lagi dengan harapan dapat mencungkil lebih ramai bakat pemain karom dari Pandan Indah,” katanya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette