Ihsan Foto : JBSNegara

KUALA LUMPUR – Negeri Johor berjaya mengekalkan kemenangan sebagai Juara Pertandingan Aerobik Peringkat Kebangsaan bagi kategori remaja bawah 17 tahun hari ini.

Pertandingan itu berlangsung selama dua hari bermula semalam di  pusat beli Belah Datum Jelatek.

Pengurus Pasukan Aerobik Negeri Johor Bawah 17, Hafeezah Sulong.

Pengurus Pasukan Johor, Hafeezah Sulong berkata, skuadnya telah menjalani latihan selama dua bulan sebelum turun bertanding.

“Untuk membawa sedikit kelainan berbeza daripada tahun sebelumnya, kami membawa konsep ‘Puteri Gunung Ledang’ dan sebagai anak jati Johor, kami juga mengetengahkan tarian berbentuk Jawa.

“Jadi, mungkin idea yang kami tampilkan ini membuat persembahan kumpulan menjadi lebih unik berbanding pasukan lain dan susulan itu, kami berjaya mempertahankan kejuaraan sebagai johan pertandingan selama dua tahun berturut-turut,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mengulas mengenai langkah seterusnya untuk pasukan, Hafeezah berhasrat untuk mengasah lagi bakat anak-anak kecil itu supaya dapat ke sukan SEA.

“Jika diberikan peluang dan keizinan, saya ingin melatih serta menerapkan gadis-gadis berbakat untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan aerobik di Sukan SEA, pada satu masa akan datang,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here