Mohd Nassuruddin Daud

KOTA BHARU – Kelantan mencatatkan peningkatan dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kepada RM27.6 bilion pada 2023, meningkat 2.6 peratus berbanding RM26.9 bilion pada tahun sebelumnya, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau berkata, peningkatan itu dipengaruhi pertumbuhan 3.8 peratus dalam sektor perkhidmatan yang menyumbang sebanyak RM19.8 bilion.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sektor pertanian pula menguncup 0.5 peratus disebabkan kemerosotan subsektor perhutanan dan pembalakan.

“Sektor pembuatan juga menyusut 2.6 peratus disebabkan oleh kemerosotan dalam produk elektrik, elektronik dan optikal serta produk kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan, manakala sektor pembinaan berkembang 6.7 peratus, sebahagian besarnya disokong aktiviti pembinaan pertukangan khas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bersama Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Mohd Nassuruddin berkata Kelantan menyasarkan pertumbuhan KDNK sebanyak RM50 bilion dalam tempoh 10 tahun yang memerlukan penumpuan khusus kepada sektor pembuatan dan industri pelancongan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here