Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai lapan orang maut dan 17 lagi cedera dalam serangan pisau di luar sebuah sekolah di Kolej Vokasional dan Teknikal Seni dan Kraf Wuxi Yixing di Jiangsu, jam 6.30 petang semalam.

Seorang lelaki berusia 21 tahun yang juga pelajar di kolej tersebut telah ditahan.

Dikenali sebagai Xu, pelajar ini mengaku bersalah terhadap jenayah yang dilakukan tanpa sebarang perasaan takut dan ragu-ragu,” menurut polis.

Tambahnya, suspek dikatakan melakukan serangan itu kerana gagal memperoleh diploma selepas keputusan peperiksaannya yang tidak memuaskan.

“Selain itu, suspek juga tidak berpuas hati dengan elaun diterima ketika dalam tempoh latihan industrinya.

“Siasatan sedang dijalankan dan usaha dibuat untuk menguruskan kesan yang berlaku di tempat kejadian,” tambahnya.

Serangan di sekolah itu berlaku hanya beberapa hari selepas insiden di Zhuhai, yang mana sekurang-kurangnya 35 orang maut apabila seorang pemandu melanggar orang ramai di sebuah stadium.

Polis menyatakan pemandu tersebut tidak berpuas hati dengan penyelesaian penceraian, namun insiden itu mencetuskan persoalan tentang peningkatan keganasan awam di negara tersebut. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here