Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki diserang sakit jantung ketika memandu sebelum hilang kawalan dan terbabas melanggar melanggar batu pembahagi jalan dan masuk ke dalam parit.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kejadian tersebut berlaku di Kilometer (KM) 8 Lebuhraya Iskandar Sultan di sini pukul 3.50 pagi tadi.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu lelaki berkenaan iaitu warga tempatan, 51, bersama-sama isteri, 48, hilang kawalan.

“Akibatnya, kereta berkenaan terbabas melanggar batu pembahagi jalan dan masuk ke dalam longkang yang berada di sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mangsa disyaki mengalami serangan jantung dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan melulu atau membahayakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Ong Jon Siong  011-16490168.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here