Pemilik syarikat direman empat hari oleh SPRM bagi membantu siasatan tuntutan palsu berjumlah RM10 juta.

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik syarikat disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu bernilai kira-kira RM10 juta ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Perintah reman selama empat hari sehingga 20 November 2024 telah dikeluarkan oleh Pendaftar Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an dipercayai ditahan kira-kira jam 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati suspek melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2019 sehingga tahun ini.

“Penahanan suspek  susulan tangkapan membabitkan seorang bekas pengurus kanan kejuruteraan sebuah syarikat pengeluaran barang keperluan asas berkaitan tuntutan palsu dan penipuan kira-kira RM2 juta pada Rabu minggu lalu.

“Suspek yang juga merupakan pengurus sebuah syarikat pembaikan mesin di sebuah kilang pengeluaran barang keperluan asas disyaki telah mengemukakan tuntutan palsu syarikat beliau bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan serta memberi rasuah kepada kakitangan syarikat yang meluluskan tuntutan-tuntutan palsu tersebut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here