Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan membabitkan seorang penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dipijak senior pada 21 Oktober lalu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.

“Jumlah yang diambil keterangan setakat ini kekal 13 orang dan kertas siasatan akan dirujuk kepada TPR,” jelasnya secara ringkas ketika dihubungi.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa berusia 19 tahun mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak seorang pelatih tahun tiga di universiti tersebut.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 10.45 malam pada 21 Oktober ketika mangsa berada di tepi padang kawad setelah selesai dipanggil nama.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast