Gambar hiasan

IPOH – Pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru dekat Sungkai di daerah Batang Padang ditutup 10 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Batang Padang Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori berkata, kesemua enam mangsa daripada sebuah keluarga dibenarkan pulang setelah banjir surut.

“Setelah membuat pemantauan bersama agensi penyelamat serta Pejabat Penghulu Mukim Sungkai mendapati keadaan ketika ini telah selamat daripada bencana banjir.

“Semua mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PPS berkenaan dibuka sejak 12 tengah malam tadi berikutan Kampung Klah Baru dilanda banjir. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here