Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rapid Bus Sdn. Bhd. menafikan promosi pas perjalanan tanpa had Pas Mutiara yang ditawarkan pada harga RM14 selama enam bulan untuk semua jenis pengangkutan yang dikeluarkan Rapid Penang.

“Kami menegaskan sebarang promosi atau tawaran yang melibatkan produk dan perkhidmatan Rapid Penang hanya akan diumumkan melalui saluran rasmi laman sesawang www.myrapid.com.my; @rapidgfans (Facebook); myrapidpg (Instagram); @RapidPG (X) dan myrapidpg (TikTok).

Rapid Bus, katanya, telah membuat laporan polis dan memohon orang ramai berhati-hati dan tidak terpedaya dengan maklumat, iklan atau tawaran tidak rasmi.

“Sebarang maklumat atau promosi yang sah dan terkini boleh didapati melalui saluran rasmi sahaja,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here