Seorang daripada empat suspek pecah rumah di Jalan Laksamana Sunrise Park di sini kelmarin yang melarikan diri berjaya diberkas polis semalam.

KLUANG – Seorang daripada empat suspek pecah rumah di Jalan Laksamana Sunrise Park di sini yang melarikan diri kelmarin berjaya diberkas polis semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintendan Nik Mohd Azmi Husin berkata, suspek berkenaan ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kluang.

“Lelaki berusia 39 tahun itu diberkas semasa berada dalam bangunan kosong di Jalan Dato Tan Seng Leong di sini pada pukul 1.30 petang semalam.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 14 rekod lampau bagi kesalahan jenayah dan narkotik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Mohd Azmi berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati saspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Suspek kini direman selama enam hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini portal ini melaporkan seorang suspek pecah rumah ditemui mati manakala dua lagi rakannya ditahan polis di sebuah rumah di jalan tersebut dalam kejadian pukul 7.12 malam kelmarin.

Suspek yang mati ditemui dengan kesan kecederaan pada tangan kanannya dan punca kematiannya sedang disiasat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here