Petugas KKM sedang mengutip bebola mata kiri mangsa di tepi jalan sebuah flat di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam.

TASEK GELUGOR – Lelaki warga asing yang bertindak mengorek keluar bebola mata kiri seorang lelaki tempatan dalam satu pergaduhan di tepi jalan Flat Rathina, Jalan Ara Kuda di sini, semalam direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, suspek direman bermula hari ini sehingga 20 November depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Kita masih belum rakam keterangan mangsa susulan dia sedang menjalani pembedahan mata di Hospital Pulau Pinang.

“Sehubungan itu, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini berhubung dengan pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Norhaslinda Rahmat di talian 04 576 2222 sambungan 2244 atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Lelaki hilang bebola mata kiri dikorek suspek warga asing

 

Terdahulu MalaysiaGazette melaporkan seorang lelaki warga asing bertindak agresif dengan mengorek keluar bebola mata kiri lelaki tempatan dalam satu pergaduhan semalam.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku selepas mangsa berusia 52 tahun itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk didakwa mengganggu suspek berumur 28 tahun.

Difahamkan, suspek bertindak mengorek keluar bebola mata kiri mangsa menggunakan tangannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here