Kredit JPBM

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk seorang wanita cedera ringan selepas sebuah lori lima tan melanggar 11 buah kereta termasuk kenderaan mereka dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 3.09 petang tadi.

Beliau berkata kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan dan berusia lingkungan 43 hingga 65 tahun itu diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi rawatan lanjut.

“Seramai tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera bomba.

“Operasi menyelamat dan pembersihan dilaporkan selesai pada 4.43 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here