Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) didakwa tidak buat ‘homework’ dan malas membaca apabila menuduh permohonan maaf Datuk Seri Najib Razak tidak dapat memulihkan kerugian yang ditanggung negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, AMK patut baca laporan Ketua Audit Negara berkaitan hutang, aset dan liabiliti 1MDB 2023. (muka surat 79-82).

“AMK patut jelaskan apa yang rugi? Rugi maksudnya satu sen pun tidak dapat balik. AMK tidak baca jawapan Ahmad Maslan di Parlimen. Dia kata hutang 1MDB hampir selesai.

“Daripada keseluruhan RM39.737b pembayaran balik itu, RM24.167b diperolehi dari Akaun Amanah 1MDB iaitu dana yang dikembalikan kepada 1MDB,” jelas beliau dalam hantaran di Facebook.

Menurut Puad, pada tahun ini melalui beberapa penyelesaian, 1MDB akan dapat balik baki penyelesaiaan dari IPIC (RM4.65 bilion), pemulangan aset diumum oleh DOJ USA (RM0.7214 bilion), aset tambahan oleh DOJ (RM0.432 billion) dan arahan mahkamah Switzerland pada PetroSaudi (RM1.04 bilion).

“Itu sebab Najib mohon maaf. Kerana ada orang keliling yang menipu dan ambil kesempatan. Itu juga berlaku kepada banyak pemimpin. Cuma mereka terselamat daripada “political persecution”,” tegas beliau.

Bahkan, kata Puad, banyak projek 1MDB hari ini terbukti menguntungkan.

Contohnya projek TRX bernilai RM40 billion, Projek Bandar Malaysia jika tidak ditangguh bernilai RM140 bilion.

Pembinaan terowong 5 kilometer bernilai RM3 bilion sekitar TRX bagi mengurangkan kesesakan trafik KL sebanyak 30%.

Manakala naik taraf lapan pangkalan anggota keselamatan termasuk pangkalan udara Sendayan (pangkalan terbesar negara) turut ditanggung oleh 1MDB.

Secara sinis, Puad berkata, Pemuda PKR bangkitkan balik kerugian forex RM32 billion, untung satu sen pun tidak

“Minta maaf pun tidak. Siapa PM dan Menteri Kewangan pada masa itu? Rafizi juga tidak berani jawab,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1MDB: Saya bukan dalang, mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia – Najib

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here