KUALA LUMPUR – Bekas hos rancangan radio Australia, Alan Jones, telah didakwa dengan 24 pertuduhan serangan dan sentuhan seksual terhadap lelaki muda selama beberapa dekat.
Polis Australia mendakwa kejadian itu berlaku antara 2001 hingga 2009 melibatkan lapan mangsa yang kebanyakkannya mempunyai hubungan profesional atau peribadi dengan Alan.
“Malahan, lelaki termuda yang menjadi mangsa adalah remaja lelaki yang pada waktu kejadian berusia 17 tahun.
“Tumpuan yang diberikan kepada rentetan dakwaan kes ini berjaya membawa kes ini ke mahkamah,” katanya.
Penolong Pesuruhjaya Polis New South Wales, Michael Fitzgerald menyatakan kemungkinan mungkin lebih ramai mangsa akan tampil selepas pertuduhan dikenakan.
Pada awalnya, pihak polis tidak mendedahkan nama penyiar berusia 83 tahun itu namun media tempatan telah mengenalpasti identiti suspek.
Rakaman televisyen juga menunjukkan beliau berada dalam sebuah kereta polis ketika tiba di balai, hari ini.
Media turut melaporkan Alan sebelum ini menafikan pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya tahun lalu.
Suspek yang telah banyak kali disaman fitnah sebelum ini pernah bekerja sebagai penyiar radio rancanan sarapan pagi terkenal di stesen radio popular tempatan, 2GB selama 18 tahun sehingga 2020.
Namun, dia tidak lagi aktif dalam penyiaran sejak dituduh melakukan serangan seksual oleh media tempatan. – Agensi