BALIK PULAU – Perintah reman ke atas empat lelaki yang ditahan di Bayan Lepas pada Isnin lalu, selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun secara bergilir-gilir dilanjutkan selama tiga hari.
Hakim Mahkamah Sesyen, Ahzal Faris Ahmad Khairuddin membenarkan kesemua operator kilang berusia antara 20 hingga 25 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 20 November bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan.
Terdahulu, kesemua suspek tiba di mahkamah dengan diiringi anggota polis pada jam 8.29 pagi.
ARTIKEL BERKAITAN
Media pada Selasa lalu melaporkan polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dirogol bergilir-gilir di rumah sewa suspek di Jalan Sungai Ara 3 di sini, pada 10 November lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu merogol secara berkumpulan. – MalaysiaGazette