Logo PTPTN

KUALA LUMPUR- Kerajaan digesa menggunakan sepenuhnya kepakaran anggota Kabinet dalam menunaikan manifesto pilihan raya terutamanya yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) untuk kesejahteraan rakyat seperti penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung berkata, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli misalnya, mempunyai pelbagai formula yang boleh diterjemahkan kepada dasar-dasar, terutamanya perihal penghapusan pinjaman PTPTN.

“Kerajaan Madani kini mempunyai kuasa politik dan eksekutif yang cukup selesa untuk melaksanakan pelbagai dasar yang bermanfaat kepada rakyat dan negara, yang tinggal hanyalah kemahuan politik untuk menunaikan janji sahaja.

“Rakyat mahu melihat Kerajaan Madani berpegang kepada janji, dan teori menjadi realiti. Dalam masa sama membuatkan para peserta demonstrasi ‘anti PTPTN’ di ibunegara yang diketuai Adam Adli suatu ketika dahulu menjadi peristiwa bermakna,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Yee Fung, sejak 2012, Rafizi dengan lantang menyuarakan pendapat, jika kerajaan berjimat dan menghentikan ketirisan perbelanjaan yang melebihi RM28 bilion setiap tahun, jumlah RM2 bilion yang perlu dibayar ketika itu akibat pengambilalihan hutang PTPTN, adalah terlalu sedikit.

Malah, beliau turut mencadangkan  penggunaan hasil minyak negara, atau melakukan pembiayaan semula hutang tersebut dengan menerbitkan bon baru berjumlah RM2 bilion setiap tahun yang akan dibayar dalam tempoh yang lebih panjang, sebagai pendekatan yang mudah untuk memansuhkan hutang PTPTN,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here