M. Kumar

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus kilang wanita kerugian RM943,250 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, wanita berusia 53 tahun itu dalam laporannya memaklumkan telah menyertai kumpulan WhatsApp oleh individu tidak dikenali.

Kumpulan tersebut kemudian menawarkan pelaburan dalam bidang perhotelan yang menjanjikan kadar pulangan tinggi, mudah dan jangka masa singat.

Tertarik dengan kadar keuntungan yang dijanjikan, antara tempoh September hingga Oktober 2024, mangsa telah membuat pembayaran secara pindahan atas talian ke beberapa akaun bank berbeza.

“Setelah bayaran dijelaskan, mangsa dimaklumkan oleh suspek pelaburannya mencatatkan keuntungan berjumlah RM600,000.

“Namun mangsa dikehendaki membuat bayaran tambahan bagi membolehkan wang keuntungan dikeluarkan tetapi mangsa tidak membuat bayaran tambahan dan percaya ditipu lalu membuat laporan polis pada 16 November,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kumar berkata, kes disiasat di bawah kesalahan tipu menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Beliau menasihatkan orang ramai lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran pelaburan di media sosial dan dalam talian yang menjanjikan pulangan tinggi pada masa singkat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here