KUALA LUMPUR- Siasatan dalaman menyeluruh yang dilakukan Sabah Mineral Management (SMM) Sdn. Bhd. menemukan salah laku bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jontih Enggihon semasa memegang jawatan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Natasha Sim berkata, siasatan tersebut juga mendedahkan pelanggaran tugas fidusiari dan dakwaan aktiviti penipuan oleh bekas CEO terbabit.

Sehubungan itu katanya, syarikat telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

Bekas CEO Sabah Mineral Management, Jontih Enggihon

“Siasatan mengenal pasti beberapa kejadian di mana Jontih bertindak di luar kuasanya dengan tindakan yang bertujuan untuk memanfaatkan entiti yang berpotensi konflik kepentingan, bersekongkol dengan pihak ketiga yang mewakili kartel kepentingan.

“Tindakan ini dilakukan tanpa pengetahuan atau kelulusan lembaga pengarah, yang merupakan pelanggaran serius terhadap dasar syarikat dan piawaian tadbir urus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Natasha, Sabah Mineral Management telah menghubungi penasihat undang-undang luar untuk meneroka tindakan sivil selanjutnya terhadap Jonitih.
Jelas beliau, syarikat bermatlamat untuk mendapatkan ganti rugi bagi sebarang kerugian kewangan atau kerosakan reputasi yang ditanggungnya.

Sabah Mineral Management menurut beliau tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku yang menjejaskan integriti operasinya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here