Isnaraissah Munirah.

KUALA LUMPUR – Seorang ahli Parlimen di blok kerajaan merayu kepada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) supaya melibatkan Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dalam semua program-program pembangunan yang melibatkan negeri di Bawah Bayu.

Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) melahirkan rasa kecewa susulan terlalu banyak peruntukan yang diberikan kepada Sabah tidak dibelanjakan secara keseluruhan.

Malah, beliau menuntut kementerian berkenaan memberikan jawapan, adakah berlaku birokrasi dalam perkara tersebut sehingga menyebabkan isu berkenaan timbul.

“Sebenarnya apa yang berlaku ni Yang Berhormat…saya mahu tahu, apa fungsi yang kita tubuhkan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri bukan sahaja projek pembangunan yang dilaksanakan di Persekutuan lewat, malah di negeri juga lewat.

“Jadi, kita mahu tahu, apa punca, birokrasikah, lambat hantar dokumenkah, saya mahu tahu. Saya bukan mahu cari gaduh tapi, kita mahu cari jalan penyelesaian untuk kita sama-sama menyelesaikan hal ini,” katanya ketika bertanyakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.

Mendengarkan pertanyaan itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata, antara perkara yang dikenalpasti hingga menyebabkan isu berkenaan timbul adalah isu penyambungan dan pengalihan utiliti.

Katanya, kerajaan negeri Sabah telahpun mewujudkan pasukan petugas pengalihan utiliti yang melibatkan syarikat utiliti negeri bersana pemilik projek dan agensi pelaksana bagi memastikan segaka projek yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar.

Dalam pada itu, Zaliha berkata, terlalu banyak projek yang hendak dilaksanakan di Sabah iaitu 1,144 yang mana ia adalah tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain.

Jelas beliau, ia juga menjadi penyumbang kepada kelewatan kerana kapasiti untuk pelaksanaan itu agak rendah.

“Saya bersetuju untuk ahli-ahli Parlimen dilibatkan dalam proses-proses projek pembangunan ini. Sepertimana yang kita ambil tindakan ini di Wilayah Persekutuan sendiri yang mana ahli Parlimen turut dilibatkan, sekurang-kurangnya ada dua peringkat.

“Yang pertama boleh bertemu dengan Datuk Bandar dalam satu pertemuan majlis konsultasi, kalau tidak tiga bulan sekali bertemu saya dalm Majlis Menteri Wilayah di mana mereka juga boleh menyuarakan masalah-masalah mereka secara terus dengan saya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here