ANKARA – Turkiye telah menafikan akses pesawat Presiden Israel, Isaac Herzog ke ruang udaranya untuk perjalanannya ke Azerbaijan, lapor agensi berita Anadolu.
Kerajaan Israel telah meminta kebenaran untuk pesawat Herzog menggunakan ruang udara Turkiye dalam perjalanan ke Persidangan Pihak-Pihak ke-29 (COP29) (COP29) ke Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim di Baku, yang bermula pada 11 November.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Turkiye menolak permintaan itu, lapor Anadolu, memetik seorang pegawai tanpa menyebut nama.
Namun, Times of Israel melaporkan Herzog membatalkan lawatannya ke Azerbaijan pada hari Sabtu kerana “pertimbangan keselamatan’.
Hubungan antara Türkiye dan Israel telah tegang sejak 2010, sebahagian besarnya berkaitan isu Palestin, dan ia mengambil masa lebih sedekad untuk kedua-dua negara menormalkan hubungan.
Walaupun interaksi politik telah mula bertambah baik sebelum konflik Gaza, krisis yang berterusan telah mencetuskan semula ketegangan, dengan kedua-dua pihak saling menuduh.
Türkiye juga telah menggantung semua perdagangan dengan Israel di tengah-tengah permusuhan tersebut. – Agensi