Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad

GEORGE TOWN – Kematian pelajar Tingkatan Dua yang terjatuh dari tingkat lapan sebuah sekolah menengah di kawasan Jelutong di sini semalam kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, ia berdasarkan hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas mangsa berusia 14 tahun itu di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa pada pukul  9 pagi tadi mendapati punca kematian disebabkan kecederaan pada kepala dan leher akibat jatuh dari tempat yang tinggi.

“Kita juga akan merakamkan keterangan keluarga mangsa untuk membantu siasatan,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rozak berkata, mangsa mengalami tekanan dalam pelajaran dan ia berdasarkan nota ditulis mangsa yang ditemui polis.

“Kita percaya ia menjurus kepada tindakan yang dilakukan remaja berkenaan dan tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya.

MalaysiaGazette semalam melaporkan seorang pelajar Tingkatan Dua maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah sekolah menengah di kawasan Jelutong di sini.

Remaja perempuan berusia 14 tahun itu dipercayai ditemui di tingkat bawah bangunan sekolah setinggi lapan tingkat itu sebelum pihak sekolah menelefon ambulans untuk tindakan lanjut.

Abdul Rozak berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Hopsital Pulau Pinang (HPP) berhubung kematian pelajar itu pada jam 5.57 petang.

Siasatan pihak polis di lokasi kejadian dan badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pelajar terjatuh tingkat lapan bangunan sekolah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here