KUALA LUMPUR – Jumlah dagangan meningkat 2.1 peratus daripada RM239.3 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM244.3 bilion.
Prestasi ini didorong oleh pertumbuhan eksport 1.6 peratus atau RM2.0 bilion dan import 2.6 peratus, mencapai RM116.1 billion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi eksport Malaysia meningkat selaras dengan kenaikan eksport domestik pada Oktober 2024.
Eksport domestik (77.6% daripada jumlah eksport) meningkat 3.1 peratus berbanding Oktober 2023, dengan nilai RM99.4 bilion, manakala eksport semula (22.4% daripada jumlah eksport) jatuh 3.5 peratus kepada RM28.7 bilion.
Lebihan dagangan menurun 7.6 peratus kepada RM12.0 bilion, lebihan bulan ke-54 berturut-turut sejak Mei 2020.
Eksport yang lebih tinggi disumbangkan terutamanya ke Amerika Syarikat (+RM4.6 bilion), diikuti oleh Taiwan (+RM1.9 bilion), Singapura (+RM998.3 juta), India (+RM921.5 juta), Turkiye (+RM757.7 juta), Kesatuan Eropah (+RM748.0 juta) dan Indonesia (+RM618.3 juta).
Kenaikan ini sejajar dengan peningkatan dalam barangan elektrik & elektronik (+RM3.8 bilion); barangan perkilangan lain (+RM991.1 juta); minyak kelapa sawit & keluaran pertanian berasaskan kelapa sawit (+RM785.3 juta); produk getah (+RM610.8 juta); makanan diproses (+RM554.0 juta); jentera, kelengkapan & peralatan (+RM549.4 juta); dan barangan perkilangan berasaskan kelapa sawit (+RM487.2 juta).
Selain itu, import yang lebih tinggi disumbangkan terutamanya dari Amerika Syarikat (+RM3.1 bilion), diikuti oleh Taiwan (+RM2.1 bilion), Mexico (+RM1.1 bilion), Angola (+RM707.4 juta), Kesatuan Eropah (+RM399.2 juta), Kuwait (+RM274.7 juta) dan Afrika Selatan (+RM244.3 juta).
Peningkatan import dicatatkan bagi barangan elektrik & elektronik (+RM9.0 bilion); jentera, kelengkapan & peralatan (+RM2.0 bilion); pertanian lain (+RM830.6 juta); petroleum mentah (+RM547.1 juta); gas asli cecair (+RM523.7 juta); dan minyak sayuran lain (+RM249.5 juta).
Perbandingan dengan September 2024, eksport, import dan jumlah dagangan masing-masing mencatatkan peningkatan 3.7 peratus, 4.8 peratus dan 4.2 peratus.
Sebaliknya, imbangan dagangan mencatatkan penurunan 6.2 peratus.
Jumlah dagangan, eksport dan import bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024 mencatatkan peningkatan 9.3 peratus, daripada RM2.2 trillion
kepada RM2.4 trilion, sejajar dengan kenaikan eksport (+4.8%) serta import (+14.6%).
Sebaliknya, lebihan dagangan berkurang 46.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023 mencatatkan nilai RM102.8 bilion. – MalaysiaGazette