KUALA LUMPUR – Kerajaan mahu Gerakan Pengguna Siswa (GPS) menjadi suara  komuniti anak muda dan rakyat dalam membentuk golongan pengguna bijaksana dan berhemah di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penambahan bilangan wakil GPS di kampus seluruh negara meruoakan perkembangan positif  menambah nilai dalam konteks kepenggunaan.

“GPS bukan hanya memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan dalam soal kepenggunaan sebaliknya kita (KPDN) mahu ia juga berperanan sebagai minda dan suara rakyat serta kerajaan menyalurkan aduan kepenggunaan untuk tindakan lanjut.

“Keterlibatan mahasiswa menerusi Gerakan GPS sangat penting menjadi pencetus suara dan minda rakyat dan menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat dalam soal kepenggunaan di negara ini,” katanya semasa berucap menyempurnakan Penutupan Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa Peringkat Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Tambah Armizan, golongan muda di kampus perlu memahami kehendak ramai dalam isu kepenggunaan dan masalah yang berbangkit untuk mencari solusi tetap.

Justeru peranan penting anak muda semakin mencabar dan diperlukan dalam konteks dunia dan tren kepenggunaan terkini iaitu e-dagang.

“Maka KPDN mahu GPS memainkan peranan dengan menyediakan advokasi kepengunaan kepada golongan muda dan rakyat secara amnya supaya menjadi pengguna yang bijak dan berhemah elak sebarang kerugian dan penipuan.

“Pendedahan dibuat oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini menunjukkan bahawa seramai 53,000 individu bawa umur 50 tahun berhutang RM1.9 bilion manakala seramai 5,000 kes bankrap direkodkan membabitkan golongan individu bawa 34 tahun.

“Skim kredit beli sekarang bayar kemudian menyumbang kepada isu hutang tinggi dan kebankrapan maka jika pengguna tidak berhemah dan bijak maka risiko terjerumus adalah besar,” ujarnya.

Jadi, katanya, GPS memainkan peranan besar melaksanakan advokasi bukan sahaja di kampus tetapi juga di masyarakat kampung dan komuniti setempat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here