Perkhidmatan keselamatan Israel berdiri di hadapan sebuah bangunan yang rosak teruk di Ramat Gan, Tel Aviv, akibat serangan peluru berpandu dari selatan Lubnan. Foto: AFP

BAITULMAQDIS – Tentera Israel mengesahkan Tel Aviv menjadi sasaran beberapa peluru berpandu yang menyebabkan kerosakan besar dan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan semalam.

Turut dilaporkan ramai mengalami kecederaan dan sekurang-kurangnya dua terbunuh.

Namun bilangan keseluruhan kecederaan tidak didedahkan.

Media Israel melaporkan peluru berpandu yang dilancarkan dari Lubnan, Fateh 110, jatuh di Tel Aviv.

Peluru berpandu darat ke darat yang terkenal kerana kuasa pemusnahnya direka untuk menyerang sasaran kritikal dengan margin ketepatan sehingga 10 meter.

Media Israel turut melaporkan sekurang-kurangnya sebuah peluru berpandu jatuh di Gan Rahmat, tengah Tel Aviv, menyebabkan bekalan elektrik terputus di kawasan tersebut.

Kebakaran berlaku di kawasan tersebut yang menyaksikan anggota bomba dikerah untuk memadamkannya.

Sebuah bas turut terbakar di Bnei Brak, timur Tel Aviv, selepas kenderaan itu terkena peluru berpandu yang gagal dipintas Israel. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here