Kakitangan sedang memantau pergerakan angin Pusat Ramalan Kaji Cuaca di Jabatan Meteorologi Malaysia.

KUALA LUMPUR – Luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan sedang berlaku di timur dan selatan Semenanjung dijangka berlanjutan sehingga hujung November ini,

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, analisis terhadap ramalan cuaca terkini menunjukkan kekuatan luruan monsun
diramal meningkat pada 27 November hingga 1 Disember 2024.

Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan.

MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengemas kini Amaran Hujan Berterusan sekiranya keadaan cuaca dijangka
bertambah buruk.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here