Logo Meta

NEW DELHI – India mengenakan penalti sebanyak 2,131 juta rupee (AS$25.4 juta) ke atas syarikat induk Facebook, Meta kerana amalan perniagaan yang tidak adil.

Malah, India turut meminta Meta untuk tidak berkongsi data pengguna yang dikumpulnya melalui WhatsApp ke platform lain dalam kumpulan itu.

Suruhanjaya Persaingan India mengarahkan Meta supaya WhatsApp tidak berkongsi data pengguna dengan syarikat atau produk lain dalam kumpulan teknologi Amerika Syarikat (AS) untuk tujuan pengiklanan selama lima tahun.

Isu ini berkaitan dengan dasar privasi WhatsApp 2021, yang dilaksanakan atas dasar “ambil-atau-tinggalkan”, kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

Pengguna aplikasi pemesejan ini dikehendaki menerima syarat yang kemas kini untuk terus menggunakan perkhidmatan itu, yang merupakan penyalahgunaan kedudukan dominan Meta, katanya.

Sebelum dasar privasi yang disemak pada 2021, pengguna WhatsApp diberi pilihan untuk memutuskan sama ada mereka mahu berkongsi data mereka dengan Facebook, tetapi WhatsApp mewajibkan perkongsian data dengan Meta untuk semua pengguna di bawah syarat perkhidmatan baharu, menurut suruhanjaya itu.

Ia berkata, perkongsian data pengguna yang dikumpul di WhatsApp dengan syarikat Meta lain untuk tujuan selain daripada menyediakan perkhidmatan WhatsApp “tidak akan dijadikan syarat untuk pengguna mengakses perkhidmatan WhatsApp di India”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here