KUALA LUMPUR- Pelanggan dan rakan strategik Pusat Belia Antarabangsa (IYC) diraikan dalam Majlis Hi-Tea Bersama Pemegang Taruh di Dewan Kampo, IYC, Cheras, 18 September lalu.
Majlis tersebut diadakan bagi menghargai komitmen para pelanggan dan rakan strategiknya yang sentiasa konsisten menggunakan perkhidmatan kemudahan dan fasiliti IYC serta memberi sokongan dalam penganjuran program-program kerjasama di peringkat nasional mahu pun antarabangsa.
“Ia juga menjadi satu platform bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara IYC dengan pemegang taruh serta pihak berkepentingan dalam pelbagai aspek,” katanya dalam satu kenyataan.
Di majlis yang sama, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Azura Abidin, bersama Pengarah IYC, Dr.Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Ahli Lembaga YPBA yang hadir telah menyempurnakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada 47 organisasi di peringkat Jabatan Kerajaan, NGO dan swasta.
Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan minum petang sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang hadir. -MalaysiaGazette