KUANTAN – “Jangan jadi pemimpin seperti ayam jantan yang hanya tahu berkokok”.
Itu kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata, sebagai pemimpin selain menegur perlulah berani mengambil tindakan tegas dan adil kepada semua pihak jika terdapat salah laku di dalam pentadibiran.
“Kita sebagai pemimpin jangan berkokok sahaja tetapi ekor penuh dengan tahi, kita bercakap tetapi tak buat perubahan.
“Ambilah kisah daripada burung pipit dan burung gagak. Walau besar atau kecil mana peranan, kita kena mainkan peranan masing -masing kerana kesudahan Allah yang dinilai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah kepada hampir 1,000 kakitangan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) sempena Sambutan Hari Intergriti di Dewan MBK hari ini.
Dalam perkembangan sama, jelas Ayob, tindakan tegas perlu diambil kepada semua pihak tanpa mengira pangkat.
“Kita kena mengambil tindakan tegas terhadap salah laku dan kesalahan rasuah. Kalau kita tidak mengambil tindakan tegas masyarakat akan kehilangan kepercayaan dan rasa hormat kepada pihak polis.
“Kita jangan fokus pada kes kecil, kes yang besar yang beri impak, bukan kata kes besar tak ambil tindakan tapi kurang. Itu yang bawah tak yakin dengan kita,” katanya.
Jelas Ayob, sebagai pemimpin, jangan hanya mengejar populariti tetapi perlu memberi contoh yang baik selain bersikap tegas.
“Yang kedua. kalau tak boleh kita cukup bukti kita buka kertas siasatan bawah tatacara jenayah seperti kekerasan dan sebagainya.
“Yang ketiga barulah tindakan tatatertib dalaman, jangan kita jangan utamakan tindakan dalam tatatertib dulu,” tambahnya.- MalaysiaGazette