Efluen minyak dan gris berlebihan dalam salur pembentungan dikesan SPAN di Puncak Alam.

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang roti diserbu pihak berkuasa selepas dipercayai melepaskan efluen minyak dan gris secara berlebihan ke saluran pembentungan di Puncak Alam dekat sini hari ini.

Serbuan dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas mendapat aduan daripada Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd mengenai paip tersumbat akibat bahan berbahaya tersebut.

Pengarah Unit Komunikasi dan Hal Ehwal Suruhanjaya Perkhidmatan Air Selangor (SPAN), Mohd Fazil Ismail berkata, hasil pemeriksaan juga menemui bahan lain seperti diesel dalam saluran pembentungan yang diselenggara oleh IWK.

“Pelepasan bahan terlarang seperti ini bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi turut menyumbat sistem pembetungan utama yang dikendalikan oleh IWK,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Fazil menjelaskan, pemeriksaan sebelum ini mendapati kilang yang sama pernah mengeluarkan cecair putih yang mengandungi minyak namun pelepasan bahan tersebut tidak dikesan dalam pemeriksaan terkini.

Beliau turut menegaskan kilang yang terlibat dalam industri makanan dan minuman (F&B) perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi menguruskan pelepasan minyak dan gris.

“Pematuhan SOP sangat penting bagi mengelak pencemaran seperti ini berlaku,” tegasnya.

Selain kilang roti, pemeriksaan juga dilakukan ke atas sebuah kilang simen berdekatan bagi mengenal pasti punca pasir yang turut mencemari sistem pembetungan.

Kesalahan didakwa di bawah seksyen 61(1)(b) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), tiada seorang pun boleh melepaskan apa-apa bahan ke dalam mana-mana pembetung awam yang mungkin mengganggu atau menjejaskan fungsinya.

Kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya seperti yang diperuntuk di bawah Seksyen 61(2) dalam Akta yang sama, jika sabit keslahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here