Jabatan Kerja Raya (JKR) Pekan mengeluarkan notis berhubung penutupan Laluan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 berhampiran kawasan Burung Unta hari ini

PEKAN – Jabatan Kerja Raya (JKR) Pekan mengeluarkan notis berhubung penutupan Laluan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 berhampiran kawasan Burung Unta di sini bermula Jumaat ini.

Menerusi kenyataan hari ini,  laluan tersebut akan ditutup sementara kepada semua kenderaan selama seminggu bermula 22 hingga 29 November depan.

Kerja-kerja penutupan laluan dibuat oleh konsesi Roadcare Sdn Bhd. bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih jambatan Bailey di Jalan Persekutuan 12 tersebut.

“Penutupan bermula 9 pagi Jumaat ini. Laluan akan dibuka sepenuhnya apabila tiada aktiviti kerja di tapak. Papan tanda pemberitahuan kerja-kerja pembaikan akan dipasang sebagai maklumat kepada pengguna laluan tersebut,” kata kenyataan yang sama.

Susulan itu, para pengguna dari Kuantan-Muadzam Shah-Kuantan boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Kuantan-Endau serta Jalan Ibam-Leban Condong.

Manakala bagi pengguna dari Gambang boleh menggunakan Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Batu Balik-Pekan, Jalan Kuantan-Endau dan melalui Jalan Ibam-Leban Condong.

Pihak JKR mengingatkan semua pengguna diingatkan agar sentiasa peka dengan arahan papan tanda disediakan.

Orang ramai boleh menghubungi Pejabat JKR Daerah Pekan di talian 09-422 2040 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here