Polis dan TNB melakukan pemotongan elektrik di lapan premis di Kluang semalam kerana melakukan aktiviti perjudian

KLUANG – Polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan pemotongan elektrik di lapan premis di daerah ini semalam kerana melakukan aktiviti perjudian.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mereka didapati melakukan aktiviti perjudian loteri haram tanpa lesen dan judi dalam talian secara tambah nilai.

“Tindakan itu dilakukan dalam Op Dadu yang dijalankan pada pukul 9 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan TNB.

“Menerusi operasi bersepadu itu bekalan elektrik di lapan premis dipotong kerana terlibat kegiatan perjudian tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, tindakan itu dilakukan bawah Seksyen 21A(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

Katanya, operasi seperti itu akan terus dilaksanakan selepas ini bagi membendung premis-premis yang terlibat dalam kegiatan tersebut atau sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang 07-7784222, talian terus 07-7784256 atau tablet DCC  014-3656822- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here