KUALA LUMPUR – Polis menemukan mayat seorang lelaki tempatan di tepi longkang di Taman Indsutri Alam Jaya, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.25 malam.

“Siasatan awal mendapati, mayat lelaki berusia 38 tahun itu berada di atas rumput tepi longkang.

“Hasil pemeriksaan fizikal tidak menemukan sebarang kecederaan atau kesan yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mayat lelaki itu telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat bagi mendapatkan punca kematian.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast