LONDON – Gangguan besar berlaku dalam sistem teknologi maklumat (IT) British Airways pada hari Isnin menyebabkan syarikat penerbangan United Kingdom itu mengalami kehilangan semua komunikasi dengan pesawat di Eropah.
Situasi itu mengakibatkan beberapa penerbangan dihentikan.
Laman web syarikat penerbangan itu juga tidak berfungsi, dengan semua komunikasi hilang, menurut beberapa laporan media.
Gangguan yang dilaporkan itu menyebabkan juruterbang tidak dapat memfailkan rancangan penerbangan secara elektronik, terpaksa menghubungi secara manual ke pusat operasi syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Heathrow, lapor Mirror, sebuah akhbar harian British.
Down Detector, penjejak kerosakan tapak web, merekodkan peningkatan besar dalam isu laman sesawang dan aplikasi British Airways pada petang Isnin, bermula jam 5 petang. – Agensi