Produk kosmetik yang dirampas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.

KOTA BHARU – Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) melibatkan rampasan bernilai lebih RM60,000 di Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan pertama dilakukan Batalion 7 ketika melakukan rondaan Op Taring Wawasan Kelantan apabila menemukan beberapa kotak dekat pangkalan haram Jeram Perdah 2 kira-kira pukul 8.30 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati kotak itu mengandungi produk kosmetik jenis krim muka dan sabun jenama Misaki dipercayai dari Thailand tanpa dokumen yang sah dipercayai untuk pasaran tempatan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM55,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata rampasan kedua pula dilakukan pada 2.45 pagi selepas anggota Batalion 9 turut merampas pelbagai produk kosmetik dipercayai dari Thailand tanpa dokumen sah yang dianggarkan bernilai RM 7,100 berdekatan pangkalan haram Pohon Jambu.

“Dalam kejadian itu, anggota PGA ternampak beberapa lelaki sedang memindahkan kotak berdekatan pangkalan haram, namun mereka sempat melarikan diri ke Thailand dengan menggunakan perahu,” katanya.

Kedua-dua barangan rampasan berkenaan dibawa ke Komtak Jeram Perdah dan Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya dan disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here