Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berucap pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ketika di Menara KWSP, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 19 NOVEMBER 2024.

SHAH ALAM – Kementerian Komunikasi akan berhubung dengan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM), Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) susulan bantahan cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau sedia mendengar keluhan dan kebimbangan mereka meskipun akta itu di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya akan berhubung dengan pihak NUJ, CIJ dan Geramm untuk cuba memahamkan sebab ini hanya melalui laporan media sebelum ini.

“Walaupun draf itu bukan di bawah jagaan Kementerian Komunikasi, tapi saya mendengar pandangan daripada rakan-rakan media.

“Insya-Allah kita akan cuba sampaikan sebab bidang kuasa bukan bawah saya,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Menara KWSP, Kwasa Damansara, di sini.

Sabtu lalu, media melaporkan NUJM, CIJ dan Geramm menuntut memberi penjelasan berhubung cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Tuntutan itu dibuat berikutan desas-desus bahawa syarat dan penalti bagi media akan diperluas dan diperketatkan di bawah pindaan berkenaan.

Dalam satu kenyataan, NUJM, CIJ dan GERAMM menyatakan, mereka memandang serius perkembangan tersebut kerana ia dikhuatiri akan memberi impak besar kepada organisasi dan petugas media serta mengugat kebebasan media di Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here