Hassan Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim hari ini mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu temubual yang disiarkan CNN.

Hassan berkata, kenyataan Anwar berkenaan negara Israel ketika diwawancara wartawan CNN Richard Quest perlu dilihat dalam konteks pendirian Malaysia terhadap isu Palestin dan Israel secara keseluruhannya.

“Pendirian Malaysia sehingga kini masih berpegang kepada penyelesaian dua negara atau dalam bahasa Inggeris disebut “two states solution”.

“Pendirian “two states solution” ini bermakna wujud dua negara Israel dan Palestin yang merdeka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil sebelum ini membuat kenyataan video temubual Anwar bersama bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Fahmi berkata, perkara itu dibuat bagi memberi gambaran seolah-olah kerajaan mengiktiraf kewujudan Israel, yang berniat mengelirukan.

Mengulas mengenai itu, Hassan menegaskan adalah tanggungjawab Fahmi untuk menyiarkan keseluruhan interview tersebut tanpa disunting.

“Apabila Malaysia berpegang kepada penyelesaian “two states solution” ia membawa makna jawapan PM Anwar Ibrahim kepada wartawan CNN Richard Quest itu tidaklah salah.

“Tetapi adalah lebih bijaksana jika PM Anwar Ibrahim menjawab bahawa yang ada hak untuk wujud ialah sebuah negara Palestin merdeka.

“Manakala hak untuk mempertahankan diri ialah hak rakyat dan pejuang Palestin bukannya zionis Israel yang menjajah dan menduduki bumi Palestin secara haram,” kataya lagi.

Fahmi minggu lalu berkata, video tular tersebut tidak menggambarkan konteks pendirian yang disampaikan Perdana Menteri, iaitu Malaysia akan terus melindungi kewujudan Palestin dan tidak akan pernah sesekali mengiktiraf negara haram Israel.

Video tular tersebut serta beberapa portal mendakwa, Anwar mengiktiraf hak Israel untuk wujud dan untuk ‘mempertahankan diri’ dalam wawancara tesebut.

Media sebelum ini melaporkan pemimpin pembangkang dan aktivis pro-Palestin melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap pendirian Anwar yang didakwa menerima hak Israel untuk wujud dan untuk mempertahankan diri – dua tuntutan yang sering dibuat terhadap pemimpin Islam oleh kerajaan Barat yang menyokong rejim Zionis itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here