KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu suspek didakwa terlibat kes pecah cermin kereta di kawasan Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya pada 14 November lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima tiga laporan berhubung kejadian itu bermula 9.04 malam hingga 10.10 malam.

“Semakan mendapati kejadian itu berlaku sekitar 7 hingga 8.30 malam dan ia tular di dalam aplikasi X yang dimuat naik pada 17 November lalu,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Shahrulnizam, antara barangan yang dicuri melibatkan dua unit komputer riba, tab (1), powerbank (1), earbud (1), kad atm dan dokumen peribadi.

Anggaran jumlah kerugian kesemua barangan yang dicuri itu sekitar RM4,500 dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Susulan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-796 62222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast