KUALA LUMPUR – Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel kerana Israel memang negara haram, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tetapi jikalau Israel iktiraf Palestin, Palestin juga akan iktiraf Israel.
Malah, Malaysia juga bersetuju.
Bekas perdana menteri itu menambah, tetapi hingga sekarang Israel tidak iktiraf Palestin, kecuali Palestine Authority (Penguasa Palestin).
Bagaimanapun sepanjang masa Malaysia mengiktiraf negara Palestin, justeru menerima duta mereka.
“Jangan samakan persetujuan menerima cadangan dua negara dengan pengiktirafan Israel,” katanya dalam hantaran hari ini.
Ia kerana, Israel sebenarnya tidak wujud kerana ditubuh secara haram tanpa pungutan suara dalam kalangan penduduk Palestin seperti yang Malaysia adakan di Sarawak, Sabah dan Singapura.
“Tidak pernah saya “Ia kan” adanya Israel atau haknya untuk kawal keselamatannya,” katanya. – MalaysiaGazette