Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) diantara Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn ketika di Menara KWSP, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 19 NOVEMBER 2024.

SHAH ALAM – Kementerian Komunikasi bercadang untuk mewajibkan setiap penerima geran dan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk mencarum setiap penggiat seni di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, sebagai permulaan, pihaknya perlu meneliti cadangan itu dan memasukkan syarat berkenaan dalam Dana Kandungan Kreatif (DKK) pada tahun depan.

“Itu hasrat saya, kita perlu teliti dahulu terutama untuk tahun depan bagaimana kita boleh terapkan elemen ini dalam DKK, jadi ke depan.

“Kita akan teliti apakah cara dan mekanisme terbaik untuk memastikan kebajikan para pekerja terjaga,” katanya pada sidang media.

Terdahulu beliau hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Menara KWSP, Kwasa Damansara di sini hari ini.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Fahmi berkata, semua syarikat yang menerima geran melalui FINAS perlu diwajibkan mencarum KWSP.

Ia susulan penelitian laporan Ketua Audit Negara sebelum ini menunjukkan manfaat itu hanya dinikmati pemilik syarikat sahaja.

“Kadang-kala yang menerima geran-geran yang mereka utamakan adalah penerima geran itu sendiri. Tiba-tiba ada rumah baharu, tiba-tiba ada macam-macam perkara baharu, ini tidak harus berlaku,” katanya.

Fahmi turut mengarahkan kementeriannya dan FINAS meneliti semula keseluruhan cadangan itu.

“Ia untuk memastikan supaya kebajikan (penggiat seni) termasuk (kru penerbitan) dari segi caruman KWSP dititikberatkan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here