KUALA LUMPUR – Seorang wanita patah kaki kiri selepas disyaki terjatuh dari tingkat dua sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, di sini, pagi tadi
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.56 pagi.
Menurut Komander Operasi Rosmawi Ismail seramai tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Pasukan mendapati terdapat seorang mangsa berusia 30-an disyaki terjatuh dari tingkat dua bangunan dan patah kaki kiri.
“Mangsa ditemui berada di atas bumbung tingkat bawah bangunan tersebut dan anggota berjaya membawa turun mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – MalaysiaGazette