Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Terengganu susulan banjir yang semakin memburuk di negeri itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia melibatkan hampir 2,000 mangsa yang terjejas berikuran hujan berterusan sejak kelmarin.

“Hari ini di Terengganu, seramai 1,867 mangsa melibatkan lebih 500 keluarga telah ditempatkan di 16 PPS yang kita buka,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Kemaman menjadi daerah pertama di Terengganu dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak 18 November.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNT) Terengganu, seramai 12 mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Sejak awal pagi tadi, JBPNT memaklumkan, jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS di lima daerah meningkat kepada 2,765 orang setakat 8 pagi tadi berbanding 212 orang, malam tadi.

Pada 14 November lalu, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan ramalan awal banjir dijangka berlaku di pesisiran pantai Kelantan, Pahang dan Johor (Timur) serta keseluruhan Terengganu bermula Isnin hingga esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast