OSLO – Anak lelaki kepada Puteri Mahkota Norway telah ditahan atas tuduhan rogol, lewat malam kelmarin.
Tertuduh, Marius Borg Hoiby didakwa melakukan serangan seksual terhadap mangsa yang tidak sedar diri atau sebab lain, tidak dapat menolak perbuatan itu.
Polis berkata, lelaki berusia 27 tahun itu bersalah bukan sahaja ke atas serangan seksual tetapi bersikap agresif terhadap lima individu berbeza, iaitu empat wanita dan seorang lelaki.
Peguam kepada salah seorang mangsa berusia dalam lingkungan 20-an mendakwa mangsa tidak pernah mengenali Marius sebelum bertemu dengannya pada hari kejadian.
“Anak guam saya tidak mempunyai sebarang perikatan dengan suspek,” katanya kepada media tempatan.
Tiga wanita lain yang terkait dengan Marius dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengannya namun dia menafikan pernah mendera ketiga-tiga mereka.
Sebelum ini, anak kepada Puteri Mahkota Noway itu pernah ditahan kerana bersikap agresif sehingga merosakkan harta benda dalam satu insiden ganas di sebuah pangsapuri di Oslo, Ogos lalu.
Menurut polis, wanita yang sama turut dilihat berada di dalam kereta bersamanya semasa penahan suspek Isnin lalu.
Selain itu, Marius telah didakwa memberi ancaman bunuh kepada seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an.
Kini, dia sedang ditempatkan di sebuah pusat tahanan di situ bermula semalam.
Marius merupakan anak tiri kepada pewaris mahkota Norway, Putera Mahkota Haakon Magnus.
Ibunya telah berkahwin dengan putera itu sebelum menjadi puteri pada tahun 2001. – Agensi