Naib Presiden Kanan Jualan Wilayah Asia-Pasifik, Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika, Jean Philippe Parain,

KUALA LUMPUR – BMW Malaysia sedang berunding dengan kerajaan bagi mempercepatkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pemasangan tempatan (CKD), selaras dengan pengecualian cukai kepada pembeli  sehingga penghujung Disember depan.

Menurut Naib Presiden Kanan Jualan Wilayah Asia-Pasifik, Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika, Jean Philippe Parain, pada masa sama usaha syarikatnya dengan beberapa rakan kongsi tempatan memerlukan perancangan jangka panjang dan dasar yang konsisten.

Philippe Parain berkata, pengurangan subsidi boleh memberi kesan kepada kadar penerimaan EV seperti yang telah berlaku di pasaran lain.

“Daripada pengalaman saya dengan BMW di beberapa negara, apabila kerajaan kurangkan subsidi, pilihan untuk kenderaan EV juga dikurangkan. Banyak negara seperti Korea dan Eropah, bilangan rakyat memilih EV menurun selepas pengumuman penarikan subsidi.

“Jadi peralihan seperti ini perlu dilakukan dengan berhati-hati,” katanya pada majlis ‘Brand Strategy Media Roundtable’ di sini hari ini.

Kata Philippe Parain lagi, selepas lebih 20 tahun melabur di Malaysia, syarikat itu ingin terus melabur sekiranya dasar kerajaan bagi peralihan ke elektromobiliti mempunyai hala tuju yang jelas dan konsisten.

“Pelaburan dalam pengeluaran dan pembangunan adalah usaha jangka panjang, jadi kami memerlukan kepastian bahawa dasar ini akan relevan untuk masa depan.

“BMW Group Malaysia komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dan semua pihak berkepentingan bagi memastikan peralihan ke elektromobiliti dilakukan secara berkesan dan mampan,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here