Pengerusi Eksekutif, DDNK Holdings Sdn Bhd, Datuk Dr Nazri Khan (kiri),menerima penghargaan sebagai anak Malaysia pertama dinobatkan Juara Trader Dunia 2024 & diiktiraf sebagai "Most World Cup Trading Championship Won In A Year 2024" oleh *The Malaysia Book of Records di Juara Trader Dunia di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 20 NOVEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Pengurus Dana Bertauliah, Datuk Dr Nazri Khan menyifatkan kejayaan bergelar Juara Trader Dunia 2024 pada Kejohanan Piala Dunia Perdagangan dapat menepis tohmahan ke atas dirinya sebagai scammer sebelum ini.

Nazri yang turut dikenali dengan gelaran DDNK mengakui, gara-gara tuduhan itu, beliau telah dipanggil sebanyak 10 kali untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Malah, pasukannya juga diminta berbuat tindakan sama melebihi 10 kali dalam usaha menepis dakwaan tersebut yang tular di media sosial.

“Antara sebab saya ingin bergelar juara kerana saya ‘geram’ dengan scammer dan kecewa dengan tuduhan itu walaupun laporan sudah dibuat ke atas scammer yang menyalahgunakan seminar saya.

“Jadi pengiktirafan ini diharap berjaya mengangkat reputasi Malaysia dalam melahirkan pedagang saham yang berkualiti tinggi dan mampu bersaing dalam pasaran global serta inspirasi bagi golongan pedagang dan pelabur.

“Saya berharap kejayaan ini dapat menjadi pembakar semangat kepada semua pihak terutamanya golongan muda di Malaysia untuk menceburi bidang perdagangan dengan lebih serius dan melihatnya sebagai jalan menuju kecemerlangan,” katanya selepas majlis penyerahan sijil Malaysia Book Of Records di sini, hari ini.

Dr Nazri Khan (kiri),menerima penghargaan daripada Ketua Penyelidikan Malaysia Book of Record, Siti Norhanim (kanan) sebagai anak Malaysia pertama dinobatkan Juara Trader Dunia 2024 & diiktiraf sebagai “Most World Cup Trading Championship Won In A Year 2024” oleh *The Malaysia Book of Records di Juara Trader Dunia di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 20 NOVEMBER 2024

Beliau diiktiraf Malaysia Book Of Records sebagai individu pertama Malaysia yang menjadi juara perdagangan pasaran hadapan dunia pada 2024 dengan rekod pulangan sebanyak 302.5 peratus bagi suku pertama, 179.6 peratus (suku kedua) dan 357.2 peratus (suku ketiga).

Nazri menambah,  melalui pencapaian luar biasa itu, beliau bukan sahaja meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa tetapi juga menonjolkan potensi sebenar negara dalam melahirkan individu berkualiti yang mampu mencapai kejayaan di arena dunia.

“Terima kasih juga kepada Malaysia Book Of Record atas pengiktirafan yang diberikan kepada saya dan sudah tentu, ia akan menjadi pembakar semangat dalam mendepani masa depan dan bersama mengangkat martabat negara.

“Saya juga akan berkongsi kejayaan ini dengan rakyat Malaysia dan inginkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi juara bukan saja dalam perdagangan pasaran tetapi ekonomi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast