Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan maut selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat 15, Kondominium Palm Spring, Kota Damansara pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata, kejadian dilaporkan oleh seorang wanita yang membuat laporan menerusi panggilan telefon pada jam lebih kurang 8.15 pagi.

“Hasil dari siasatan mendapati seorang lelaki warga tempatan telah terjun dan ditemui di tingkat bawah bangunan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, lelaki berusia 56 tahun itu disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pihak perubatan dari Hospital Sungai Buloh.

Sehubungan itu Shahrulnizam berkata, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah kematian mengejut untuk melakukan siasatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan atau menghubungi penyiasat kes iaitu Sarjan Muhammad Fitri Husin di talian 012-7896691.

“Atau hubungi Balai Polis Kota Damansara di talian 03-61421222 atau IPD Petaling Jaya 03-79662222,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast